Demokrasi Malaysia hari ini 'diculik' seseorang

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Demokrasi kerajaan Malaysia hari ini 'diculik' oleh sesorang yang bermasalah sehingga menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak berfungsi secara efektif, demikian menurut bekas pegawai kanan Bank Negara, Dr Rosli Yaakop.

Katanya, yang jelas pada hari ini sistem kehakiman negara, bank negara dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berfungsi dengan baik.

"Badan-badan ini gagal berfungsi dengan efektif semata-mata mahu menyelamatkan orang yang bermasalah itu.

"Malaysia seolah-olah diperintah oleh seorang yang bermasalah yang perlu dilindungi dan diselamatkan," katanya ketika ditemui.

Bukan itu sahaja, malah katanya barisan kabinet sendiri dilihat tidak berfungsi dalam menangani kemelut negara pada hari.

Kini, semua agensi atau badan penguatkuasa kerajaan seolah-olah lumpuh ekoran tindakan seorang pemimpin.

Bencana ini terserlah apabila satu akhbar telah mendedahkan bahawa terdapat RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Keadaan ini bertambah haru-biru apabila beberapa individu yang terlibat dalam penyiasatan akaun tersebut turut dilucutkan jawatan dan dikenakan tindakan berpindah serta merta. – HARAKAHDAILY 18/8/2015

Share on Myspace