Kongres Rakyat: Tarikh tutup penyertaan 5 Sept

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjur Kongres Rakyat yang dipengerusikan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid membuka peluang dan mengalu-alukan penyertaan kepada NGO-NGO atau mana-mana pihak, individu, persatuan, gerakan mahasiswa, tokoh akademik, tokoh politik dan aktivis sosial.

Setiausaha Kongres Rakyat, Nasrudin Hassan berkata, matlamat kongres adalah untuk menjadi medium dan platform persidangan rakyat untuk mengemukakan usul, memberi idea, berbincang mencari formula penyelesaian, merangka Pelan Tindakan Rakyat jangka pendek dan jangka panjang, menggerak dan memimpin kebangkitan rakyat untuk mendepani segala permasaalahan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, alam sekitar, keselamatan dan sebagainya yang sedang melanda negara dan menghimpit kesejahteraan rakyat dewasa kini.

Sehubungan itu, katanya kepada yang berminat menyertai Kongres Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Sept ini boleh hubungi pihaknya melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan menyatakan nama penuh (serta nama singkatan) NGO atau persatuan, alamat emel dan emel atau persatuan, no telefon personal yang boleh dihubungi.

Menurutnya lagi, tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Sept ini.

"Insya Allah, pihak sekretariat akan menghantar surat jemputan rasmi serta lampiran perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penyertaan Kongres Rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 19/8/2015

Share on Myspace