Saham FGV jatuh RM1.38, apa tanggungjawab kerajaan?

HARAKAHDAILY | .

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) amat menyesali dengan sikap kerajaan mengenai kedudukan kritikal FGV. Meskipun saham FGV berada pada tahap yang begitu rendah (RM1.38 hingga 18 Ogos) tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan untuk menanganinya. Apa pendirian kerajaan pada waktu ini?

Sebaliknya, YAB Perdana Menteri dalam Majlis Jamuan Hari Raya Felda baru-baru ini menyokong cadangan FGV untuk membeli 37% kepentingan dalam Syarikat Perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation yang bernilai RM2.37 bilion, harga yang begitu mahal berbanding harga pasaran. Saya sendiri mengetuai NGO Anak membuat lawatan kerja meninjau lokasi perladangan tersebut di Kalimantan dan banyak isu yang tidak selesai. Ia suatu pelaburan berisiko tinggi dan tidak berbaloi dalam konteks memberi nilai tambah terhadap FGV. Ia bukan sahaja tidak merangsang kedudukan FGV, sebaliknya kejatuhan berterusan saham FGV.

Anak telah berusaha berbagai cara melalui pendekatan diplomasi dalam menangani isu FGV. Rombongan Anak ke FGV yang sepatutnya mendapat taklimat resmi, tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Memorandum Anak kepada Bursa Malaysia tidak diketahui statusnya pada waktu ini.

Kebimbangan begitu dirasai mengenai kedudukan saham FGV di mana Felda, Felda Asset, Tabung Haji, KWSP, KPF dan KWAP mempunyai kepentingan saham yang amat besar. Kerugian ini d tanggung seluruh rakyat Malaysia!

Tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar yang dipajak selama 99 tahun oleh FGV, apa akan berlaku jika sebarang kemungkinan lebih buruk melanda FGV?

Operasi anak-anak syarikat di bawah FGV yang ada kaitan dengan peneroka, umpamanya kilang kelapa sawit (palm oil industries) bagaimana keadaannya di masa hadapan?

Desakan Anak agar Tan Sri Isa Samad, Dr Emir Mavani dipecat dan rombakan besar-besaran di lakukan terhadap pengurusan FGV sebagai plan pemulihan; tiada sebarang respons dari kerajaan.

Anak memberi amaran, jika sikap berdiam [email protected] badak kerajaan berterusan, demonstrasi besar-besaran di Menara Felda akan dilakukan!

Ini bukan ugutan, tapi sebagai isyarat atas pendirian kerajaan yang tidak bertanggungjawab. - HARAKAHDAILY 19/8/2015
 
'Menerajui Perubahan'

Mazlan Aliman
Presiden Anak
19 Ogos 2015

Share on Myspace