Pentadbiran kawasan dan cawangan diteruskan

HARAKAHDAILY | .

Sukacita dimaklumkan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor sedia mengambil alih mana-mana kawasan atau cawangan demi kelancaran pentabiran parti.

Pihak kami telah berbincang dengan YB Datuk Setiausaha Agung PAS dan bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan adalah selari dengan Perlembagaan PAS seperti berikut:

FASAL 26 (9) j - Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa Tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.

Pihak kami telah turut melakukan perbincangan-perbincangan di peringkat akar umbi dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenal pasti pemimpin dan penggerak tempatan untuk mentadbir dan menggerakkan mana-mana kawasan atau cawangan yang terlibat.

Terdapat hampir 1,000 cawangan PAS dan hampir 100,000 ahli PAS di Selangor.

YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
19 Ogos 2015

Share on Myspace