Hamas berjaya tangkap lumba-lumba pengintip Israel

HARAKAHDAILY | .

PEJUANG Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) dikhabarkan telah menangkap seekor ikan lumba-lumba yang dilengkapi dengan kamera pengintip milik Israel, demikian seperti yang dilaporkan oleh PIC pada Rabu (19/8/2015).

Haiwan itu kelihatan mencurigakan kemudian di tangkap beberapa hari lalu berhampiran pantai Gaza oleh unit elit Hamas.

Menurut akhbar al-Quds, lumba-lumba itu dihantar oleh tentera Israel untuk mengumpulkan video aktiviti latihan pasukan elit Hamas.

Peralatan mata-mata ditemui ketika lumba-lumba dibawa ke darat untuk diperiksa.

Al-Quds melaporkan bahawa lumba-lumba itu juga dilengkapi dengan alat yang mampu menembakkan panah dengan kemampuan melukai bahkan membunuh manusia. [fh/islampos]

Share on Myspace