Tidak pandang remeh tetapi tidak gugat PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .

SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan tindakan segelintir ahli bertindak keluar dari PAS tidak mengugat parti itu.

Beliau ketika ditemui di berkata PAS tetapi meneruskan agenda mereka seperti biasa tanpa sebarang masalah.

"Kita tidak fokus pada isu nak keluar parti, kita dapat tahu tentang perkara ini tetapi tidak serius kepada PAS.

"Perkara biasa pemimpin pergi dan datang, cawangan tetap beroperasi walaupun ada ahlinya keluar, setakat letak jawatan masih ramai orang lain yang sedia berkhidmat," katanya.

Ahli Parlimen Temerloh turut memaklumkan lebih 8,000 ahli baru menyertai PAS selepas muktamar lalu.

"Kita tidak pandang remeh tentang apa yang berlaku, kita cari jalan penyelesaian tetapi itu tidak mengugat perjalanan parti.

"Kita bekerja seperti biasa dalam menyelesaian masalah rakyat, isu Gerakan Harapan Baru bukan masalah besar kepada PAS dan kita masih lagi bersama- sama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 21/8/2015

Share on Myspace