PAS ucap takziah kepada keluarga bekas PAT

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Saya mewakili pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen (B) Tan Sri Mohd Sany Abdul Ghaffar yang telah kembali ke rahmatullah jam 2.40 petang ini," kata Nasrudin Hassan.

Ketua Penerangan PAS Pusat ITU berharap semoga Allah swt merahmati roh Almarhum dan meletakkannya dari kalangan hamba-Nya yang soleh.

Menurutnya, selain daripada Almarhum adalah ahli PAS, jasa Almarhum kepada negara dan angkatan tentera sangat besar dan bermakna, antaranya di zaman Almarhum tertubuhnya Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Katanya, pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar kepada negara.

"Marilah sama-sama kita berdoa agar roh Almarhum terus dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah," tulis Ahli Parlimen Temerloh itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 22/8/2015

Share on Myspace