5,044 serah borang sertai PAS di Kedah

HARAKAHDAILY | .

ALOR SETAR: Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman menerima penyertaan ahli baru PAS seramai 5,044 orang termasuk seorang mantan pemimpin DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima borang permohonan keahlian PAS itu daripada Setiiausaha PAS negeri, Ustaz Mussodak Ahmad pada majlis yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, malam tadi.

Penyertaan itu adalah hasil yang digerakkan melalui kempen yang digerakkan dalam tempoh tiga minggu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan PAS Kedah.

"Tahniah saf kepimpinan PAS Kedah semoga terus berjuang dan beristiqamah membawa Islam kepada masyarakat.

"Islam sebagai penyelesai dan penyelamat," tulis beliau menerusi facebook.

Pada sebelah petang semalam, Himpunan Anak Muda Kedah turut diadakan di tempat yang sama. - HARAKAHDAILY 23/8/2015

Share on Myspace