Himpunan Geram umum lima resolusi

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .

KUANTAN: Perhimpunan membantah pencemaran bauksit meluluskan lima resolusi dilaksanakan untuk kelestarian bandar ini.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu yang membaca resolusi tersebut, berkata ia bagi menjaga keseimbangan alam sekitar dan adil kepada rakyat.

Beliau yang juga Adun Beserah menyebutkan, kegiatan pelombongan mestilah dijalankan secara lestari tanpa menjejaskan keselamatan dan kesihatan penduduk.

Kedua, katanya kerajaan hendaklah mewajibkan kajian EIA bagi setiap projek pelombongan.

Ketiga, ujarnya pihak penguatkuasa didesak memastikan pengangkutan hasil lombong tidak mengganggu penduduk, merosakkan kemudahan dan mencemar alan sekitar.

Tambahnya, agensi-agensi kerajaan juga diminta memantau tahap pencemaran dan penguatkuasaan yang ketat selain memastikan tiada rasuah dalam kutipan hasil.

Resolusi yang dibacakan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu turut memberi amaran, keingkaran kepada resolusi itu bakal berhadapan dengan kemarahan rakyat yang akan terus bangkit menuntut keadilan. - HARAKAHDAILY 23/8/2015

Share on Myspace