Manfaatkan umur untuk perjuangan Islam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Ketika kita hidup sihat dan kuat maka habiskanlah umur kita kepada perjuangan," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya kerana tidak ada makna hidup tanpa perjuangan.

"Apakah erti kita menjadi manusia sekiranya Islam tidak dihayati oleh manusia lain?

"Apakah erti kita sebagai khalifah Allah sekiranya kita tidak mempedulikan kepimpinan negara yang khianat kepada amanah rakyat?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut beliau lagi, ini kerana hidup ialah nikmat anugerah Allah kepada manusia.

Ia juga, katanya merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini.

Jelasnya, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Orang yang terbaik di kalangan manusia ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya.

Justeru, ujarnya manfaatkanlah umur untuk perjuangan Islam kerana setiap detik dan saat akan dihisab di hadapan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

Share on Myspace