Pemuda PAS ucap tahniah kepada Stacy AF

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Stacy Anam (Stacy AF) yang telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

"Semoga dengan Islamnya Stacy dapat membuka pintu hati keluarga beliau dan seluruh artis yang bukan beragama Islam untuk sama-sama mendalami agama Islam," ujar Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan DPPM, Khairil Nizam Khirudin.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikah Stacy Binti Anam telah melafazkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor.

Beliau yang kini popular dengan lagu Not For Sale namun ianya tidak menghalang Stacy untuk mengukir satu lagi sejarah baru dalam kehidupannya.

Menurut Khairil Nizam lagi, DPPM juga berharap Stacy menjadi seorang lagi artis muslimah contoh kepada para peminat seni di Malaysia.

"DPPM mendoakan agar Stacy istiqamah dalam mendalami agama Islam dan menjadi seorang muslimah yang sejati," ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

Share on Myspace