Terima kenyataan AJK PAS Gelang Patah letak jawatan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Johor telah menerima kenyataan peletakan jawatan seramai 91 orang ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam PAS Kawasan Gelang Patah seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, kelmarin.

Demikian dimaklumkan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya PAS Johor mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan untuk mengundurkan diri daripada saf kepimpinan kawasan setelah didapati tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab dengan menyibukkan diri mempromosi dan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli PAS di Gelang Patah khususnya dan di Johor umumnya.

"Insya Allah jawatankuasa baru pimpinan kawasan dan cawangan akan dibentuk semula dalam satu dua hari ini mengikut kerangka perlembagaan PAS.

"Kita juga telah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan beberapa kawasan lain dan juga kepimpinan dewan-dewan yang didapati mempunyai masalah dalam mempelihara amanah parti dan dijangka akan meninggalkan PAS dalam beberapa minggu ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

Share on Myspace