Lebih 1,000 anak Palestin cacat akibat serangan Israel

HARAKAHDAILY | .

LEBIH daripada 1,000 kanak-kanak Palestin di Jalur Gaza mengalami kecacatan kekal selama 51 hari serangan tentera Israel pada tahun lalu, menurut laporan dari Pertahanan Untuk Kanak Antarabangsa (DCI), sebuah NGO yang ditujukan untuk hak-hak anak.

Dalam sebuah laporan berjudul Operation Protective Edge: A war waged on Gaza's Children yang dikeluarkan pada hari Selasa lalu, Unit DCI Palestin mengatakan serangan Israel tahun lalu telah menyebabkan kecederaan lebih daripada 11,000 warga Palestin, termasuk 1,000 mengalami kecacatan kekal akibat keganasan Israel.

Organisasi hak-hak anak itu juga menyatakan bahawa satu tahun penuh selepas serangan Israel, ribuan korban termasuk sejumlah anak-anak terus mengalami luka dan trauma psikologi yang berpanjangan, lapor laman Islampos.com.

Jalur Gaza, dengan penduduk sekitar 1.9 juta orang, dikenal merupakan daerah yang paling padat penduduknya di dunia.

Pada 7 Julai 2014, Israel melancarkan serangan besar terhadap wilayah pesisir Gaza yang berakhir pada 26 Ogos.

Selama 51 hari pengeboman sengit melalui udara, darat dan laut, lebih dari 2,147 warga Palestin terbunuh, termasuk 578 kanak-kanak, 489 wanita serta 102 orang tua.

Share on Myspace