Gawat: Peluang terbaik giatkan sektor pertanian

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Krisis ekonomi global yang melanda rantau ini sekarang kurang memberi kesan kepada negeri yang berorientasikan pertanian.

Oleh itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata ketika ini peluang terbaik bagi rakyat Kelantan mempertingkatkan usaha di sektor pertanian.

Katanya, rakyat disaran mempergiatkan aktiviti pertanian dengan mempelbagai produk bagi meningkatkan ekonomi negeri dan keluarga.

“Kelantan tetap menjadikan sektor pertanian sebagai sumber hasil utama sektor ekonomi kerana permintaan tidak pernah surut,” katanya merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri 2015 di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Md Nawi, anggota-anggota Exco dan pegawai kerajaan.

Pada majlis itu seramai 10 orang menerima anugerah hasil kejayaan mereka dalam sektor petani, usahawan dan nelayan.

Sebanyak 36 agensi kerajaan negeri dan persekutuan menyertai pameran. Selain itu terdapat 71 gerai jualan usahawan tani. Sambutan Hari Peladang berakhir Ahad ini. - HARAKAHDAILY 27/8/2015

Share on Myspace