Ahli Umno saman Najib isu RM2.6 bilion

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga merupakan ahli Umno, Anina Saauddin hari ini mengemukakan saman bagi menuntut Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kembalikan sebahagian RM2.6 bilion atau USD$650 juta yang dikatakan telah dipindahkan ke luar negeri.

Plantif yang diwakili Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengemukakan tuntutan tersebut di Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam tuntutan tersebut telah menyatakan Najib sebagai defendan pertama dan Datuk Ab Rauf Yusof sebagai kapasiti Pegawai Awam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) sebagai defendan kedua.

Plantif turut memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil demi kepentingan dan bagi pihak parti serta ahli-ahlinya.

Menurut plantif, Najib secara terbuka telah mangaku bahawa beliau telah menerima sejumlah wang tersebut dan memaklumkan sebagai derma untuk kegunaan dan kepentingan Umno.

"Najib secara terbuka dalam menjawab tuduhan berkenaan deposit RM2.6 bilion ke dalam akaunnya bahawa beliau bukan merupakan benefisiari kepada wang tersebut.

"Najib secara terbuka menyatakan bahawa RM2.6 bilion tersebut merupakan suatu derma seorang dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.

"Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno telah menyatakan Najib dilantik sebagai pemegang amanah Umno termasuk menyatakan wang tersebut adalah dana politik.

"Malah turut menyatakan mereka menerima sejumlah besar wang daripada Najib untuk membiayai operasi politik mereka," jelas plantif melalui penyata tuntutan.

Namun jelas plantif, Najib sebagai pemegang amanah atau pemegang amanah konstruktif Umno telah melanggar Perlembagaan umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnua berdasarkan undan-undang jati (common law) sebagai pemegang amanah.

Difahamkan saman itu difailkan hari ini selepas tiada tindakan didakwa diambil terhadap aduan yang dibuat terhadap Najib, kepada lembaga disiplin.

Plantif yang meminta semua butiran ke atas semua wang yang diterima defendan pertama dalam bentuk derma.

Dalam pada itu menurut Peguam, Mohamed Haniff pengurusan kes tersebut telah ditetapkan pada 21 September ini jam 9.30 pagi.

Turut difahamkan, ahli Umno seluruh negara bakal memfailkan saman tersebut selepas ini setelah yang pertama di Kuala Lumpur. - HARAKAHDAILY 28/8/2015

Share on Myspace