Mohon kekuatan kepada Alah sebelum terlambat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Mohonlah kekuatan kepada Alah untuk kita melakukan amal soleh sewaktu hidup sebelum terlambat," ujar Ustaz Idris Ahmad.

Naib Presiden PAS itu mengingatkan supaya menggunakan peluang hidup sebelum ajal datang mengejut.

"Kerana kita sering terdedah dengan mala petaka dan bencana, bila-bila masa sahaja nyawa boleh tercabut.

"Saat itu tidak berguna lagi untuk kita berbakti kepada agama Allah SWT," tulisnya menerusi laman facebook.

Justeru, beliau mengingatkan agar berbaktilah kepada agama Allah sebelum nyawa berada di hujung halkum dan matahari naik di sebelah barat.

Tambahnya, pada ketika itu tidak ada guna lagi untuk kita beramal.

Ini, ujarnya sebagaimana gelagat orang yang tidak beriman menyatakan bahawa “Ya Allah kembalilah ke dunia untuk kami beramal soleh dengan apa yang telah kami tinggalkan selama ini”, maksud daripada surah Al-Mu’minun ayat 99-100. - HARAKAHDAILY 29/8/2015

Share on Myspace