Jangan takut baju, kredibiliti PM lebih menakutkan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Kerajaan BN tidak perlu takut pada baju," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, apa yang lebih menakutkan sekarang ialah kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kegawatan ekonomi negara dan keyakinan pelabur terhadap Malaysia kerana imej Najib yang sudah hancur.

"Terfikir juga apakah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang mensabotaj Najib dengan tindakan mengharamkan baju Bersih 4?" ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat kini kian tersepit.

"Percayalah dalam keadaan ini, sebarang tindakan bodoh hanyalah akan menambah kemarahan rakyat," katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Najib dan kabinetnya tidak mahu mendengar nasihat adik Perdana Menteri Datuk Seri Nazir Razak yang menasihatkan kerajaan untuk henti melakukan perkara bodoh sebagai langkah pertama menstabilkan ekonomi. - HARAKAHDAILY 29/8/2015

Share on Myspace