Pijak gambar: Waspada cuba melaga-laga

IZWAN ABDUL HALIM | .

BUKIT MERTAJAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menasihati semua pihak agar berwaspada menilai setiap gambar yang tersebar dari Himpunan Bersih 4.0 di mana mungkin bertujuan menimbulkan ketidakharmonian.

“Secara umum begitu, suatu yang diviral di internet ini perlu kepada pengamatan. Saya bimbang mungkin, gambar tu diedit, ataupun tindakan itu hanya dicipta oleh cybertrooper ataupun mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan.

“Jadi kena beri peluang kepada kami untuk dapatkan maklumat yang betullah. Kita belum dapat lagi maklumat yang betul tentang perkara itu. Ada gambar diviral telah sampai pun kepada saya, tapi saya tidak buat sebarang komenlah kepada gambar tersebut.

“Saya harap, harap sangat-sangat, mudah-mudahan benda tu tak betul, sebab kalau betul suatu yang sangat malang, suatu yang sangat malang,” ujarnya pada sidang media selepas Munaqasyah Ucapan Dasar Peringkat Negeri Pulau Pinang, di Pondok Turath, Juru di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media berhubung gambar yang tersebar di media sosial di mana memaparkan tindakan seorang demonstran wanita Bersih 4.0 memijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. - HARAKAHDAILY 30/8/2015

Share on Myspace