Mantap parti: Lantik individu fahami agenda lajnah

MOHD SABRI SAID | .

BUKIT MERTAJAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata kelemahan untuk mengaktifkan lajnah yang dipertanggungjawabkan kepada individu perlu diatasi di semua peringkat organisasi.

Tambahnya, bagi mengatasi kelemahan tersebut aktivis parti sewajar mencari orang yang benar-benar memahami agenda lajnah untuk membentuk strategi agar kemantapan politik PAS terus subur.

"Memang ada kelemahan dan saya tidak nafikan namun PAS negeri, kawasan ataupun cawangan harus atasi dengan mencari individu berkelayakan dalam PAS. Isi segera mana-mana lajnah yang belum berfungsi," terangnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Peraturan dan Arahan' pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Pondok Turath, Juru, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Temerloh itu menambah, sekiranya ahli ingin melihat PAS ke hadapan dan hebat aktivis parti di semua peringkat perlu segera mengisi jawatan yang belum berfungsi bagi merealisasikan impian parti untuk menggantikan Umno memerintah negara.

Beliau mengmbil contoh, lajnah kebajikan sememangnya menjadi keperluan sekarang memandangkan PAS telah pun memperkenalkan slogan 'Negara Berkebajikan' yang menjadi manifesto pada Pilihan raya Umum (PRU13) lalu.

"Ada setengah negeri kita puji kerana pandai cari dana bangunan tetapi mesti bekerja kuat juga untuk memastikan dana lajnah seimbang supaya PAS yang menjadi medan dakwah diperlebarkan.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh turut membentangkan kertas kerja bertajuk 'Memahami Konsep Tahaluf Siayasi'. - HARAKAHDAILY 30/8/2015

Share on Myspace