90,000 minta Netanyahu ditangkap di England

HARAKAHDAILY | .

SEKITAR 90,000 orang telah menanda tangani petisyen yang meminta perdana menteri Zionis Israel ditangkap ketika berkunjung ke United Kingdom, bulan depan, atas dakwaan jenayah perang, lapor laman web Islampos.com.

Dipetik Infopalestina.com, kemungkinan besar parlimen Inggeris akan membincangkan cadangan ini di sidang Parlimen, jika ahli petisyen mencapai 100,000 orang.

Damina Moran, salah seorang penggas petisyen itu berkata, berdasarkan undang-undang antarabangsa, Netanyahu harus ditahan, apabila berkunjung ke England dengan dakwaan jenayah perang kerana telah membunuh beribu-ribu orang pada tahun 2014 lalu.

Dikatakan Maron, petisyen itu mula dilancarkan pada bulan ini dan mula disebarkan di laman parlimen Inggeris. Jika jumlah responden mencapai 100,000 orang, membolehkan dewan parlimen Inggeris membincangkannya dalam sidang umum.

Namun aktvis itu meragui jumlah itu mencapai 100,000 orang, mengingat kuatnya hubungan antara Inggeris dan Israel.

Namun dia menuliskan dalam laman webnya, orang seperti Netanyahu mempunyai kekebalan politik, lawatan beliau ke England, tak mungkin membuahkan penangkapan, ungkapnya.

Share on Myspace