Merdeka: Tugas mereka terdahulu sudah selesai

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tugas mereka yang terdahulu sudah selesai untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dengan berbagai-bagai pendekatan.

"Tugas kita sekarang ialah mengisi kemerdekaan dengan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan ummah dan negara," ujar Naib Presoden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, tidak ada makna merdeka jika pengisian selepas merdeka masih lagi berfikiran penjajah.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pejuang kemerdekaan, sama ada mereka daripada aliran kanan atau kiri.

Katanya, di Tanah Melayu yang meniupkan kesedaran untuk melawan penjajah ialah para ulama yang terdiri daripada Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain tokoh.

Menurut beliau, kemudian kesedaran itu dilanjutkan oleh mereka yang pulang dari Timur Tengah seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin.

"Mereka ini mendapat semangat daripada Sheikh Muhamad Abduh," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 1/9/2015

Share on Myspace