Kongres Rakyat berkonsep dari rakyat untuk rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kongres itu yang akan diadakan pada 12 September ini berkonsepkan daripada rakyat untuk rakyat.

Sehubungan itu, katanya kongres yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu dibiayai oleh rakyat.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Harakah Bazaar, di sini petang ini. Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi 2 dan Setiausaha Kongres Rakyat, Dr N Balachandran dan Nasrudin Hassa, CEO Institut Madani, Mustaffa Kamil Ayub serta Presiden Gamis, Imran Mohd Ishak.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 150 badan bukan kerajaan (NGO) bersetuju menyertai kongres tersebut.

"Kita juga mahu wakil kerajaan hadir bagi mendengar rintihan rakyat kerana mereka adalah pelaksana dasar kerajaan," ujarnya.

Kongres itu adalah platform untuk rakyat menyuarakan serta memberi pandangan berhubung iklim politik negara.

Kongres Rakyat adalah idea yang menarik untuk menjadi platform rakyat mengemukakan usul, memberikan pandangan dan merangka pelan tindakan penyelesaian ke arah membina negara yang sejahtera dan selamat dari tekanan ekonomi yang menindas rakyat terbanyak serta ketidakstabilan politik yang menggugat kemakmuran negara.

Kongres Rakyat dibuka ruang seluasnya kepada penyertaan umum terutama NGO yang mewakili masyarakat pelbagai peringkat termasuk persatuan petani, pekebun kecil, pekerja kilang, nelayan, peneroka Felda, penoreh getah, orang asal, OKU, mahasiswa, aktivis sosial, tokoh akademik, tokoh politik dan sebagainya. - HARAKAHDAILY 2/9/2015

Share on Myspace