PAS Sepang sifatkan Hanipa gopoh

HARAKAHDAILY | .

PAS Sepang melihat kegopohan beberapa pimpinan GHB dalam mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal, bersifat ego dan hipokrit amat merugikan pakatan pembangkang.

Kenyataan terbaru Ahli Parlimen Sepang yang menolak PAS dari bersama Pakatan Pembangkang sebagaimana yang disuarakan oleh DSAI ternyata pra matang dan nampak "'ebih sudu dari kuah'.

Mungkin sebenarnya beliau amat khuatir kerusi Ahli Parlimen Sepang yang disandangnya akan hilang, maka sebab itulah beliau berkokok seperti 'seekor ayam yang ekornya bergelumang najis'.

Bagi PAS Sepang, kami sentiasa berusaha mengukuhkan hubungan baik dan saling membantu menyelesaikan isu-isu rakyat. Kami beranggapan kemenangan PAS dan PR dalam PRU ke-13 yang lalu adalah kerana gabungan sokongan semua pengundi, bukan disebabkan populariti dan bakti Hanipa Maidin kepada warga Sepang.

Kami menghormati pendirian YB Hanipa Maidin yang ternyata amat bimbang akan hilang undi disebabkan berkawan dengan PAS dan orang Melayu. Atas kepercayaan ini, kami boleh merumuskan bahawa Hanipa Maidin memang tidak memerlukan ahli-ahli PAS mencampuri urusan beliau khususnya di Sepang.

Buat rakan-rakan politik PAS di Sepang, kami menyeru marilah kita teruskan bakti kepada masyarakat dan pengundi tanpa mengira kaum dan warna kulit. Kami yakin dengan kerjasama erat yang sedia terjalin, rakyat akan terus menyokong Pakatan Pembangkang untuk menerajui Negeri Selangor.

YB MOHD HASLIN HASSAN
Yang Dipertua PAS Sepang

 – HARAKAHDAILY 3/9/2015

Share on Myspace