Kumpulan haram, samseng pun ada wala'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Orang menuduh ahli PAS ketagih wala'. Persoalanya mana ada organisasi atau parti yang tidak perlu ahlinya wala' kepada ketuanya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, kumpulan haram dan samseng pun ada wala'.

"Saya sedang mencari kumpulan atau pertubuhan mana yang tidak perlu ahlinya wala' kepada ketua.

"Mungkin perkataan wala' itu bahasa Arab, maka mereka ingat hanya dituju kepada parti PAS sahaja. Masih mampu senyum," tulisnya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menyentuh berhubung perjuangan.

Katanya, di dalam perjuangan manusia tidak boleh berlakon lama dan menyembunyikan apa yang tersirat di dalam hatinya.

Menurut beliau, lama kelamaan ia akan terserlah juga apa yang tersembunyi di dalam hatinya apabila sampai waktu dan ketika.

"Sebab itulah Saidina Umar pernah menyatakan, jika kamu hendak mengetahui hati budi seseorang, kamu perlu musafir bersamanya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 3/9/2015

Share on Myspace