Turki berjaya turunkan kadar pengangguran

HARAKAHDAILY | .

ANGKA pengangguran di Turki dikhabarkan telah menurun ketara selepas mencapai angka tertinggi dalam 5 tahun terakhir.

Menurut Menteri Tenaga Kerja dan Keselamatan Sosial Turki, Ahmet Erdem, negaranya berjaya menurunkan angka pengangguran dengan menggunakan strategi insentif dan subsidi, lapor laman Islampos.com.

"Kami memohon insentif dan subsidi untuk mengatasi pengangguran. Dengan cara ini kami berjaya menurunkan angka pengangguran daripada 9.6 peratus menjadi 9.3 peratus," kata Erdem ketika ditemui CNN pada Rabu (2 Sept 2015).

Sebelumnya menurut data badan statistik Turki, TurkStat, angka pengangguran di negara itu tertinggi sejak April 2010 , iaitu 11.3 peratus atau 3.25 juta pada Januari 2015 lalu.

Share on Myspace