Henti polemik bai'ah, serah pada pihak berautoriti

HARAKAHDAILY | .

PAS menggesa semua pihak menghentikan polemik isu bai'ah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak yang berautoriti hal menentukan hukum.

Perbincangan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai pandangan akal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat.

Pihak yang terlibat mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan sesuatu isu yang melibatkan hukum syarak.

Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai implikasi yang banyak, maka wajar bagi semua menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya.

PAS mengingatkan semua yang terlibat dalam bai'ah agar melihat persoalan ikrar yang dilafazkan dan mematuhi ikrar tersebut.

PAS tidak membeli ketaatan dengan duit. PAS memberi kepercayaan penuh kepada calon-calonnya, termasuk kerusi-kerusi selamatnya, melalui lidahnya berdasarkan bai'ah mereka dengan Allah.

PAS meletakkan kepentingan perjuangan parti setara dengan keluarga dan orang tersayang, dan berharap mereka yang berbai'ah tidak mengkhianati kedua-duanya pada masa yang sama.

Seseorang itu boleh membayar kifarat apabila melanggar sumpah, namun ia bukan bermakna terlepas dari janji dan ikrarnya.

Saya berdoa semoga semua kita terlepas dari kemurkaan dan laknat Allah, para malaikat dan seluruh orang yang beriman.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
5 September 2015
- HARAKAHDAILY 5/9/2015

Share on Myspace