Bai'ah: PAS Terengganu desak Raja Bahrin letak jawatan

HARAKAHDAILY | .

Kami baru selesai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu kali kedua selepas muktamar, dan selepas penyelesaian masing-masing (pembentukan) ahli jawatankuasa dan lajnah-lajnah.

Pertamanya Badan Perhubungan PAS Terengganu menyokong penuh satu kongres yang akan diadakan pada 12hb September, di Shah Alam. Yang melibatkan semua lapisan rakyat mengadakan satu kongres bagi menyampaikan atau mencari jalan penyelesaian melibatkan politik semasa, ekonomi dan hala tuju negara kita sendiri. Terengganu akan menghantar lebih daripada 50 NGO dan juga bersama pimpinan dan lapisan masyarakat di Terengganu turut hadir ke Kongres Rakyat di Shah Alam.

Yang Keduan, Badan Perhubungan PAS Terengganu akan mengadakan kali kedua Himpunan Harapan Untuk Semua (Harap 3.2) yang akan diadakan di Pulai Serai pada 17, 18, 19hb ini merupakan himpunan besar-besaran yang diadakan untuk kita adakan program 3 hari, 3 malam yang melibatkan pimpinan di pusat, masyarakat dan juga program-program yang melibatkan kawasan Dungun, khususnya di Rantau Abang dan Pulai Serai.

Yang Ketiga Badan Perhubungan PAS Terengganu memberi respons berkait dengan pengisytiharan Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagai pengerusi parti baru iaitu Parti Pekerja Malaysia seperti dari awal, dia tiada pendirian yang tetap dan hari ini sebagimana yang kita sedia maklum secara zahirnya jelas dia mengisytiharkan dirinya atau pun baru dilantik menjadi pengerusi parti baru di Terengganu. Secara automatiknya, memang parti baru itu sudah ditubuh bukan buat parti baru. Memang parti itu sudah ada. Namanya, parti pekerja. Sudah didaftarkan jadi, secara automatik, dia sudah gugur sebagai ahli PAS.

Oleh kerana itu, saya selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu, menyokong penuh apa yang diminta oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan apa yang dinyatakan oleh Setiusaha Agung PAS, YB Datuk Takiyuddin Hassan, mereka yang terlibat ini supaya meletakkan jawatan supaya diserahkan kembali kepada rakyat untuk membuat pilihan kerana mereka bertanding atas nama PAS dan lambang bulan. Parti telah memberi amanah dan kepercayaan kepada beliau dan bagi kita ini merupakan satu pengkhianatan. Beliau perlu melepaskan jawatan tersebut dan diserahkan kepada kembali kepada rakyat supaya rakyat diberi hak kembali untuk memilih siapa yang berhak mewakili mereka.

Dalam hal ini, kita juga sedia maklum bahawa Datuk Raja Kamarul Bahrin juga melakukan bai’ah sumpah dengan diakui secara rela hati dia, ucapan dan tandatangan beliau sendiri pada 7 Jamadil Akhir 1434 bersamaan 18 April 2013 di hadapan Presiden PAS. Siap dengan gambar beliau yang dia tandatangani dan juga membuat akuan sumpah di hadapan Presiden bersama saksi-saksi serta pimpinan dan calon-calon selain daripada beliau. Selepas daripada itu, ada pengisytiharan secara terbuka di Rusila.

Dalam sumpah bai'ah itu, dia membuat pengakuan: “bahawa saya Raja Kamarul Bahrin Shah berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya. Dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watalllahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen atau dilantik menjadi Senator maka saya akan dilaknat oleh Allah. Sekiranya saya berbelanja menggunakan duit elaun ahli dewan tersebut adalah haram. Dan saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi watallahi, untuk meletak jawatan dari menjadi Ahli Dewan Negeri, atau Dewan Rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti”.

Tiada paksaan dengan kerelaan dia menandatangani sendiri kenyataan ini. Dalam hal ini, berdasarkan lafaz ini kami Badan Perhubungan PAS Terengganu mendesak beliau supaya dengan segera meletakkan jawatan.

Inilah gambaran integriti sebenar, sebagai seorang yang profesional, yang mempunyai sifat amanah dengan janjinya supaya menunaikan janjinya. Orang Islam ada 3 perkara, apabila dilakukan menjadi (seseorang itu) munafik tulen, bila bercakap dia berbohong, apabila diserahkan amanah dia khianat, dan apabila dia janji, dia mungkir. Dalam hal ini kita mengharapkan supaya beliau melaksanakan tuntutan ini.

Seterusnya, rakyat boleh menilai, PAS tetap menawarkan kepercayaan kepada rakyat. Calon-calon kita sepatutnya istiqamah dan tidak khianat kepada amanah yang diberikan oleh rakyat. Bila berlaku seperti ini, rakyat akan buat penilaian betapa calon yang ditawarkan oleh PAS khianat akan amanah. Ini memberi imej yang tidak baik kepada PAS. Ini (akan) mengembalikan maruah parti ini, supaya pihak Yang Berhormat meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali kepada rakyat.

Rakyat diharap dapat buat penilaian macam mana seorang yang khianat dan tidak beramanah (bagaimana) mungkin boleh jadi pemimpin kepada parti yang bernama parti amanah. Jadi perkara ini kita rasa amat dukacita. Kita harap supaya desakan daripada Presiden dan Setiusaha Agung itu, kita Badan Perhubungan PAS Terengganu memberi sokongan yang sepenuhnya.

YB USTAZ SATIFUL BAHRI MAMAT
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu,
Kuala Ibai, Kuala Terengganu,
22 Zulkaedah 1436/ 6 September 2015 - HARAKAHDAILY 7/9/2015

Share on Myspace