3 sebab kenapa pelarian Syria pilih Eropah

HARAKAHDAILY | .

Walaupun beberapa negara-negara Arab menerima hampir 4 juta pelarian yang tersebar dalam beberapa negara jiran Syria, akan tetapi semakin meningkatnya jumlah pelarian Syria yang memasuki Eropah menimbulkan pertanyaan apa yang menyebabkan warga Syria lebih memilih meninggalkan negara-negara Arab dan menuju Eropah.

Berikut hasil penyelidikan yang dilakukan redaksi Rassd mengenai pelbagai alasan mengapa pelarian Syria rela mencabar ganasnya Laut Mediterranean untuk menuju Eropah daripada berpindah kenegara Arab Teluk yang dikenal dengan kekayaan yang melimpah:

Visa

Menurut pelbagai laporan yang ada menunjukan bahawa kebanyakan pemerintahan Teluk mencegah para pelarian Syria untuk mendapatkan visa percuma untuk masuk ke negara-negara Arab Teluk, kecuali Algeria, Mauritania, Sudan dan Yaman.

Dalam penelusuran yang dilakukan wartawan Rassd, Saadiyah, menganggarkan bahawa pertembungan antara kepentingan luar negeri masing-masing negara Arab menjadikan mereka ada yang menyokong revolusi yang berjalan di Syria, dan di sisi lain ada sejumlah negara yang menyokong rejim Bashar Al Assad.

Dekatnya hubungan negara Arab Teluk dengan Bashar

Dekatnya hubungan antara sejumlah pemimpin negara Arab dengan rejim Bashar Al Assad menjadikan datangnya pelarian Syria ke negara mereka bukanlah suatu hal yang boleh diterima dan diinginkan.

Contohnya adalah Sisi yang kini semakin menghampiri ke rejim Bashar Al Assad melalui perantara Rusia.

Selanjutnya ada Emiriah Arab yang akan memberikan denda sebanyak 50 ribu dirham UAE kepada setiap syarikat yang menggaji warga Syria yang tidak mempunyai visa.

Buruknya situasi pelarian di Negara Arab

Keadaan ekonomi dunia yang semakin merosot dan banyaknya pelarian yang terus berdatangan ke negara jiran Syria menyebabkan kerajaan yang menjadi tuan rumah tempat tinggal pelarian tidak dapat menjamu tetamu mereka dengan layak.

Terlebih dengan beban kos yang perlu ditanggung negara-negara tersebut untuk tetap dapat menyara rakyat Syria yang menjadi pelarian ke negara mereka, dengan syarat-syarat bantuan kewangan dari institusi antarabangsa yang sering tersekat dan kekurangan. (Eramuslim.com)

Share on Myspace