Kaki lima vs kapitalisme, di mana posisi penguasa?

AHMAD MUHAJIR | .

PEDAGANG Kaki Lima atau berniaga berbagai barangan ditepi jalan di berbagai Bandar di Indonesia, adalah salah satu kekuatan eknomi atau perniagaan kelas menengah ke bawah, ini ada dimana-mana, ada di Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan, Bali, Nusa Tenggara mahu pun di Pulau Sulawesi, mulai dari Banda Aceh, Medan, Pekan Baru, Padang, Bukit Tinggi, Jambi, Palembang, Tanjung Karang-Teluk Betung, Bengkulu.

Apalagi di Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang, Serang, Semarang, Yogyakarta, Surabaya, Depansar, Banjar Masin, Pontianak, Samarinda, Palangka Raya, Makassar, Kendari, Palu, Manado, Gorontalo, Mataram dan berbagai Bandar lainnya. Walaupun berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan oleh pihak atau kalangan pemilik modal para taipan dan taikun, tidak kira kaum Bumiputera mahupun keturunan Tionghoa, serta pemilik modal dari Erofa dan Amerika Syarikat, mewujudkan Pasar-Pasar Raya seperti Giant, Carrefour, Mata Hari, Indomaret dan Alfamart.

Namun menyingkirkan peniaga atau pedagang kaki lima ini tidaklah semudah membalikkan tapak tangan. Sebab mereka mempunyai kekuatan sendiri serta mempunyai pelanggan utamanya adalah kalangan rakyat berpendapatan sederhana dan kalangan bawahan, sebagaimana di Chow Kit, Jalan Masjid India atau Jalan Petaling di Kuala Lumpur, maka peniaga kaki lima tetap banyak diberbagai Bandar di Indonesia. Lihatlah di Jatinegara-Master Jakarta Timur, Pasar Senen dan Tanah Abang Jakarta Pusat, mahupun di Grogol dan Glodok Jakarta Barat.

Begitu di Bandar-bandar lainnya di Indonesia, menyediakan berbagai keperluan mulai dari pakaian bayi sampai lelaki dan perempuan dewasa, termasuk baju dan pakaian Muslim dan Busana Muslimah. Namun persoalan dan masaalahnya bukan hanya, antara peniaga kaki lima yang mempunyai modal yang kecil dan kurang dengan pemodal besar, tidak kira bangsa dan keturunan, persoalan jelas berkait erat dengan sikap pihak yang berkuasa, terutama polisinya dalam membela rakyat miskin dan rakyat jelata.

Sebagaimana dengan ucapan pertama Presiden Jokowi setelah diangkat sumpahnya sebagai Kepala Negara dan kepala pemerintahan, di hadapan rakyat awam akhir Oktober 2014 di Taman Monas Jakarta.
Dia berjanji akan membela peniaga kaki lima, pedagang bakso, penjual sate dan peniaga-pemodal lemah lainnya, ternyata ucapan itu hanya sementara apabila bulan Disember 2014 dia mengatakan akan menghapus dan mengusir peniaga kaki lima, sebanyak lima juta kerana kewujudannya sekian lama menjejaskan promosi dan bisnis pelancongan di Indonesia. Memburukkan imej dan gambaran Bandar-bandar Indonesia, yang sepatutnya bersih, indah dan disertai dengan perancangan bandarnya yang baik, dengan tata kelola yang baik.

Dalam hal ini Jokowi sebagai Presiden-Kepala Negara dan Kepala Pemerintahan tidak mempunyai sikap yang pasti atau jelas, selalu berdolak-dalik. Ini nampak beberapa waktu yang lalu, Jokowi menjemput ratusan peniaga kaki lima bersama Pengerusi dan AJK Assosiasi Pedagang Kaki Lima Indonesia (APKLI) untuk makan siang bersama di Istana Negara, namun dalam pertemuan itu Jokowi tidak menyentuh langsung keinginannya untuk membela atau membantu peniaga kaki lima.

Itu dinyatakan oleh Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat APKLI Ali Mahsun, bahawa jelas Jokowi menjemput pedagang kaki lima untuk makan siang ke Istana Negara, tidak lebih hanya sekedar basa-basi dan bermuka-muka. Apalagi dalam perombakan kabinetnya beberapa waktu yang lalu beberapa jawatan menteri strategik diberikannya kepada kalangan bukan Islam, termasuklah Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keamanan dialihkan dari Laksamana Laut (B) Tedjo Edhy Pudijatno seorang Muslim ditukar kepada Jeneral (B) Luhut Binsar Panjaitan, seorang Batak Kristian.

Memang ada juga menteri barunya yang dianggap baik iaitu Dr Rizal Ramli, seorang ekonomis yang sangat anti kepada kapitalis terutama kapitalis asing, Dr Rizal Ramli putera Minangkabau, dinilai didokong oleh Jokowi, namun kehadiran Dr Rizal Ramli ini meresah dan menyusahkan timbalannya Drs M Jusuf Kalla, yang dianggap sebagai Bapak Kapitalisme Indonesia, kerana kekayaannya hampir menguasai semua syarikat dan kepentingan bisnis terbesar di belahan Indonesia Timur.

Mulai dari perdagangan awam, perbankan, perkebunan dan kelapa sawit, pengangkutan termasuklah beberapa syarikat bas, penerbangan dan perkapalan di Indonesia Timur. Makanya Kepala Badan Reserse dan Kriminal (Bareskrim) Polis Indonesia yang sebelumnya dijawat oleh Komisaris Jeneral Polis Budi Wiseso ditukar kepada Komisaris Jeneral Polis Anang Iskandar, kerana Budi dinilai pegawai tinggi polis yang baik dan sangat professional, namun tidak disukai oleh Jusuf Kalla atau JK. Malahan Budi tidak segan silu akan menyiasat pegawai tinggi pemerintah yang menyalahgunakan kuasanya.

Begitu juga dalam pemilihan calon anggota dan pimpinan Komite Pemberantasan Korupsi (KPK) semacam SPRM di Malaysia dari lapan yang terpilih, lima adalah bukan Islam sedangkan dari Islam hanya tiga orang. Salah seorang calon yang baik kenapa ditolak iaitu Prof Dr Jimly As Shiddiqi, mantan Ketua Mahkamah Perlembagaan, yang dahulunya adalah aktivis belia dan pemuda masjid yang ber-aktiviti di Masjid Agung Al Azhar Kebayoran Jakarta Selatan, masa mudanya adalah Ketua Umum Badan Koordinasi (Penyelaras) Pemuda Masjid Indonesia (BKPMI), tetapi Jimly ditolak oleh Panitia Pemilihan calon anggota dan pimpinan KPK.

Jadi persoalannya kini sejauh manakah keseriusan Jokowi dan M Jusuf Kalla dalam memimpin dan mengurus rakyat Indonesia yang jumlahnya sudah mencecah 256 juta. Yang tetap merindukan kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan dalam segala bidang, kehidupan. Apakah sistim perekenomian Indonesia berorientasi kepada kepentingan rakyat banyak, atau hanya kepentingan segelintir kaum kapitalis? Salah seorang datuk Bandar yang menolak kehadiran syarikat dan pasaraya besar iaitu Alfamart dan Indomaret di Bandar Padang, ialah datuk bandarnya sendiri Ir Mahyeldi Ansharullah dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), kerana kehadiran kedua pasaraya besar ini akan membunuh pedagang kaki lima di kota Padang. – HARAKAHDAILY 8/9/2015

Share on Myspace