Orang tahu keburukan peribadi kerana gelagat kita

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Semua manusia ada kelemahan peribadi, tetapi jangan pula akhlak buruk kita dizahirkan melalui tulisan dan komen-komen di media sosial," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, Allah tidak suka hamba-Nya mendedahkan aib sendiri.

"Sehingga perkara yang selama ini orang tidak tahu keburukan peribadi diri kita menjadi tahu kerana gelagat yang ditunjuk oleh kita sendiri," katanya lagi.

Justeru, tambah beliau sesiapa yang di dalam dirinya ada kebaikan tentu dia akan mengeluarkan kebaikan.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, sesiapa yang di dalam dirinya hanya ada keburukan, tentu dia akan mengeluarkan keburukan.

"Marilah sama-sama kita melatih diri kita untuk menjadi hamba yang soleh, agar kalam yang keluar daripada kita dan tulisan kita di media sosial menggambarkan hati budi kita," ujarnya. - HARAKAHDAILY 8/9/2015

Share on Myspace