Venezuela sedia tempat untuk 20,000 pelarian Syria

HARAKAHDAILY | .

PRESIDEN Nicolas Maduro memerintahkan Kementerian Luar Negeri mengambil langkah segera untuk menerima dan menyediakan tempat bagi 20,000 pelarian Syria yang akan mendapatkan suaka di Venezuela.

Perintah itu dikeluarkan Presiden Nicolas Maduro dalam mesyuarat kabinet yang digelar di ibu negara Caracas pada hari Isnin (7 Sept), menanggapi keadaan kecemasan para pelarian Syria yang terus membanjiri wilayah Eropah, lapor laman web Eramuslim.com.

"Saya ingin negara ini menerima 20,000 pelarian Syria dan menjadikan meraka adalah sebahagian daripada Venezuela," ujar Maduro kepada Setiausaha Negara Delsey Rodriguez agar segera bertemu dengan pelarian Syria dan menyediakan tempat bagi mereka.

Menurut data sementara PBB menyatakan bahawa sehingga pertengahan tahun 2015 ada kira-kira 6 juta lebih penduduk Syria yang menjadi pelarian ke negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Turki dan Iraq.

Jumlah tersebut belum ditambah kira-kira 250,000 lebih pelarian yang tidak berdaftar ataupun memasuki negara-negara di sekitar Syria secara haram.

Share on Myspace