Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah

ASLANI M | .

PASIR PUTEH: Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh sehingga petang ini.

Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan.

Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda.

Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah. - HARAKAHDAILY 11/9/2015

Share on Myspace