Melayu Islam majoriti, patut memimpin negara ini

SALMIYAH HARUN | .

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kaum Melayu Islam yang merupakan majoriti terbesar sepatutnya memimpin negara ini.

Menurut beliau, agama Islam telah melatih Melayu untuk menjadi pemimpin.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian di Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi ini.

"Melayu ada pengaruh lebih besar dan mereka wajar selamatkan negara ini dengan Islam," katanya di hadapan ribuan peserta, pemerhati dan pewakilan yang hadir pada Kongres Rakyat, di sini pagi ini.

Katanya, Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan konsep memperkasakan negara bahkan sejarah Islam membuktikan pemimpin Islam silih berganti di kalangan pelbagai bangsa tetapi mereka adalah penganut Islam. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace