18 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Sabtu.

Selain Sarawak, situasi itu melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

Batu Muda merekodkan bacaan paling tinggi iaitu 162, diikuti Pelabuhan Klang (161), Samarahan (158), Shah Alam (157), Petaling Jaya (148), Kuala Selangor (147), Kuching (142) dan Nilai (141).

Kawasan lain ialah Sri Aman (136), Banting (134), Seremban (132), Cheras, Putrajaya, Jerantut (120), Bukit Rambai (108), Seri Manjung (107), Port Dickson (106) dan Bandaraya Melaka (101).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Share on Myspace