Peserta Kongres Rakyat luar jangka, duduk di pentas VIP

SALMIYAH HARUN | .

SHAH ALAM: Kehadiran para peserta Kongres Rakyat yang di luar jangkaan memaksa penganjur menjemput mereka untuk duduk di atas pentas VIP.

Suasana ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana penganjuran yang dibuat oleh NGO.

Menurut setiausaha kongres, Nasrudin Hassan pada awalnya jawatankuasa mahu menempah Stadium Malawati bagi menjayakan program itu.

Namun katanya, stadium berkenaan masih dalam proses ubah suai dan tidak dibuka untuk sebarang majlis.

"Inilah namanya Kongres Rakyat, kita kena alu-alukan kehadiran mereka dalam program ini walaupun tempat terhad," katanya ketika mempengerusikan majlis kongres itu.

Kongres terpaksa berehat sekejap sebelum memulakan sesi pembahasan oleh barisan NGO bagi memberi ruang kepada peserta mengambil tempat.

Hampir setiap sudut Auditorium Dewan Jubli Perak di sini dipenuhi dengan peserta kongres.

"Harap peserta duduk dan kalau boleh jangan keluar nanti susah nak masuk," pesannya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace