Jamaah berpecah angkara pendengki busuk hati

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemfitnah lahir daripada mereka yang sakit jiwa dan tidak mengendahkan maruah orang dan tanggungjawab akhlak orang lain.

Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad banyak tuduhan palsu dicipta untuk mengobarkan kebencian dan permusuhan yang didorong oleh perasaan dengki dan khianat.

Katanya, banyak jamaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati yang membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah SWT.

"Tulisan di media sosial boleh kita nilai siapakah mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Justeru, katanya penawar yang paling mujarab untuk sebuah jamaah apabila semua anggota bersifat tawaduk.

Tambahnya, tidak ada seorang pun manusia yang waras tidak suka kepada orang yang tawaduk.

"Inilah titik persamaan yang boleh memacu jamaah untuk terus cemerlang apabila semua anggota bersikap demikian.

"Walaupun sukar, tetapi itulah penawar," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace