Pulang semula harta rakyat – Raja Idris

SALMIYAH HARUN | .

SHAH ALAM: Rakyat negara ini digesa mengambil balik semua harta-harta negara yang telah diswastakan oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri, demikian menurut Pengerusi Perangsang Selangor Berhad Raja Datuk Idris Raja Kamarudin.

Bercakap dalam Kongres Rakyat, beliau menegaskan sektor pendidikan, kesihatan, api dan air tidak wajar lagi diswastakan tetapi mesti menjadi satu sumbangan kerajaan pusat untuk rakyat.

"Sebagai contoh, air Selangor tidak diambil alih air akan naik 82 peratus. Tetapi kerajaan negeri tidak benarkan naik dalam masa yang sama diberi air percuma kepada rakyat. Air percuma bukan dari Syabas tetapi kerajaan negeri," katanya.

Beliau turut kesal apabila lebih 50 tahun negara masih tidak nampak hala tuju kerana kerajaan pusat merasakan harta rakyat adalah harta mereka.

"Tiba masanya rakyat desak kerajaan pusat merakyatkan ekonomi negara," tegas beliau di hadapan kira-kira lebih 5,000 peserta kongres yang melimpahi dewan Jubli Perak. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace