Pemimpin amanah segalanya akan selesai - DS Zakaria

MUHAMMAD FAIZAL | .

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar mensasarkan pada tahun 2015 keyakinan rakyat terhadap agensi itu meningkat 70 peratus.

Beliau ketika berbahas usul pada Kongres Rakyat berkata ketika awal penubuhan SPRM keyakinan rakyat sekitar 39 peratus sahaja.

Sehingga tahun 2014 keyakinan rakyat terhadap SPRM sudah meningkat 68 peratus.

"Integriti kepimpinan itu penting, apabila pemimpin terima amanah dan melaksanakan amanah tersebut dengan baik maka segalanya akan selesai dengan sempurna.

"Penting pemisahan kuasa perlu ada dalam kita melaksanakan intergriti sebenar dalam SPRM, dengan pengasingan kuasa inilah bukan sahaja amanah tertunai tetapi setiap kes diselesaikan dengan baik," ucap beliau di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi ini.

Ucap beliau lagi, rakyat mahu agar SPRM bebas dari campurtangan politik dalam isu-isu penguatkuasaan.

"Dalam SPRM kita ada pelbagai entiti bagi memastikan keberkesanannya, namum SPRM hanya membuat siasatan terhadap laporan.

"Pendakwaan masih lagi dibawah bidang kuasa Peguam Negara yang menentukan sama ada kes tersebut boleh didakwa ataupun tidak," ucap beliau.

Beliau menyarankan agar rakyat terus menjadi mata dan saksi kepada SPRM agar segala penyelewengan rasuah dan kuasa dapat dibendung sepenuhnya. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace