Maruah Malaysia dipandang rendah

MUHAMMAD FAIZAL | .

SHAH ALAM: Maruah Malaysia yang sebelum ini menjadi kemegahan serta perbualan negara-negara luar kini dipandang rendah akibat kegagalan kerajaan mengawal ekonomi serta mata wang negara.

Bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fazdil berkata, 34 tahun dahulu negara ini megah dengan sistem pentadbiran yang baik dalam merealisasikan pembangunan negara.

Namun, kemegahan itu lenyap apaila kerajaan yang ada sekarang gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

"Kalau kita ikut sistem yang betul yang dalamnya ada intergriti, kita akan menjadi sebuah negara yang maju malah tidak ada rakyat yang miskin.

"Malangnya sistem tersebut tidak mampu dilaksanakan keraja sikap kepimpinan yang ada sekarang tidak meletakkan soal intergriti dalam pentadbiran mereka," ucap beliau pada perbahasan usul sempena Kongres Rakyat di Shah Alam hari ini.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) turut menegaskan kenyataan kerajaan mengenai kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) disebabkan kenaikan Dollar US adalah tidak berasas.

"RM bukan hanya kalah kepada USD tetapi turut ketinggalan dengan mata wang Thailad dan sekarang mata wang Bangladesh serta India.

"Malunya rakyat negara ini dengan negara-negara luar tidak dapat diselindungkan lagi, sebagai rakyat kita perlu lakukan perubahan," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace