Golongan normal harus sokong apa OKU mahu

MUHAMMAD FAIZAL | .

SHAH ALAM: Wakil orang kelainan upaya (OKU), Omar Abdul Aziz meminta semua pihak meletakkan golongan itu sebagai agenda utama dalam setiap program yang dilakukan.

Beliau ketika berbahas pada program Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz hari ini mengucapkan terima kasih kepada sekretariat kongres kerana memberi peluang kepada wakil OKU untuk mengambil bahagian.

"Golongan normal harus menyokong apa yang golongan seperti kami mahukan.

"Apabila golongan OKU ini dibela dan pandangan mereka didengari maka syariat Islam akan terbela dengan sendirinya," ucap beliau.

Menurut beliau, masalah golongan normal ada penyelesaian jika segala permasalahan golongan OKU diselesaikan.

"Bila OKU bercakap atau berbahas depan golongan OKU, apa perubahan yang boleh kami lakukan.

"Tetapi bila OKU bercakap di hadapan mereka yang normal pasti suara kami akan didengari dan segala masalah yang disuarakan selesai," katanya lagi.

Beliau turut berterima kasih kepada PAS kerana terus membela nasib mereka yang tidak berkemampuan dan yakin PAS mampu membela nasib mereka jika dapat menguasai Putrajaya nanti. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace