Semoga tidak patah semangat sempurnakan haji

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakam takziah di atas kematian dan kecederaan dialami jamaah haji ekoran kejadian runtuhan jentera binaan di Masjidil Haram, semalam.

"Kami berharap, para dhuyufurrahman menerima kejadian tersebut sebagai ujian daripada Allah dalam meningkatkan ubudiyyah dan ketaqwaan mereka kepada-Nya," ujar Timnalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata, pihaknya juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berharap mereka redha serta bertenang menghadapi perkhabaran tersebut.

"Didoakan mereka yang meninggal dunia diganjari Allah sebesar-besar pahala atas ibadah sedang mereka laksana," katanya.

Tambahnya, DPPM memohon agar pihak pengurusan haji khususnya Tabung Haji memberi bantuan sewajarnya kepada jamaah yang ditimpa ujian tersebut.

"Pihak kami mendoakan agar para jamaah memperolehi haji yang mabrur," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Share on Myspace