Foto, video zionis Israel merosakkan Masjid Al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .

Pada pagi semalam (13 September) puluhan tentera tentera zionis Israel baru saja menyerbu Masjid Al Aqsa untuk mengamankan ritual Talmud perayaan tahun baru Yahudi.

Dalam penuturannya kepada pejabat berita tempatan Al-Quds, sejumlah saksi mendedahkan bahawa tentera zionis Israel yang tiba-tiba datang terus menembak bom tangan dan gas pemedih mata ke dalam Masjid Al-Aqsa, yang mengakibatkan berhamburan para jamaah yang berada di dalam masjid.

Selain mengakibatkan sejumlah bangunan di sisi Masjid Al Aqsa rosak teruk, tentera zionis Israel yang datang tiba-tiba menyerang juga menangkap belasan umat Muslim yang sedang berada di sekitar masjid kerana cuba menghalang. (Eramuslim)

Video

Share on Myspace