Kita jumpa DAP dalam urusan kerajaan - Iskandar

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan PAS adalah parti tunjang utama orang Melayu selain Umno.

Tegasnya atas kekuatan tersebut PKR ingin terus bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.

"Saya melihat kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali adalah kenyataan yang di bumi nyata.

"Pengaruh PAS dalam kalangan Melayu cukup ketara dan ia terbukti apabila PAS tidak mengarahkan ahli turun himpunan Bersih 4.0 yang lalu menyebabkan penyertaan orang Melayu hanya 5 hingga 10 peratus sahaja," katanya sebagai panel Bicara Harakah hari ini.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat krisis antara PAS dengan DAP, namun parti itu ada hubungan dalam urusan kerajaan di Selangor.

"Sekarang ini kita hari-hari jumpa DAP, tetapi dalam konteks urusan kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Naib Presiden PAS turut berkata, krisis keluar parti mahupun krisis dengan DAP tidak mengugat aktiviti PAS di Selangor.

Turut menjadi panel pada program Bicara Harakah yang membincangkan isu-isu semasa Selangor adalah Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan dan Ketua DHPP Negeri Selangor, Datuk K. Derpakaran. – HARAKAHDAILY 15/9/2015

Share on Myspace