Ahli PAS tulen bangkit bersatu pertahan jamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli PAS tulen adalah mereka yang tidak boleh diancam, terus mereka bangkit bersatu dan mempertahankan jamaah yang mereka sayang.

"Ancaman sebagai panggilan untuk mereka bangkit mempertahnakan parti dan memperkukuhkan parti," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, sejarah membuktikan, ikatan ukhwah dan semangat pengorbanan yang tinggi akan dizahirkan apabila suasana terancam.

Justeru, katanya adalah silap bagi mereka yang membuat perhitungan, andaian untuk menjatuhkan maruah pejuang tulen.

"Walaupun menggunakan berbagai gerak saraf namun tidak berjaya. Pendakwah masih tenang dan senyum yang sakit jiwanya penghasad," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Tegasnya, pendakwah tegar seperti emas tulen, selagi dibakar dengan api yang kuat maka akan tambah berkualiti. - HARAKAHDAILY 16/9/2015

Share on Myspace