Bersatu buat perubahan untuk Malaysia sejahtera

HARAKAHDAILY | .

ALHAMDULILLAH bersyukur di atas kurnia Allah SWT dengan nikmat Islam,Iman dan bernegara yang diberikan masih lagi kita mengecapi kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: ayat 13)

Islam menyeru dalam kehidupan bernegara seharusnya membuka ruang yang luas untuk kita berkenalan, beramah mesra, berurusan dan saling membantu tanpa mengira jantina, bangsa dan keturunan. Tiada perbezaan dalam kehidupan melainkan hanya ketaqwaan kepada Allah sahaja.

Cabaran ekonomi telah menghimpit Malaysia berada dalam tekanan yang dahsyat berpunca dari sifat tidak amanah kepimpinan kerajaan.

Dalam membentuk satu Malaysia yang sejahtera, rakyat harus bersatu menyatakan kebenaran dan membuat perubahan. Kepimpinan dalam Islam amat menekankan konsep amanah, keadilan, berkebajikan,bijaksana dan integriti.

Seandainya Malaysia diurus tadbir dengan pendekatan Islam yang syumul, nescaya keamaan dan kesejahteraan akan terbina.

Dewan Pemuda PAS Perak terus istiqamah menyuburkan dakwah, membina keperibadian  pemuda dan dalam masa yang sama secara konsisten memerangi kezaliman dan penipuan terhadap Rakyat.

Dewan Pemuda PAS Perak menyeru kepada semua rakyat khususnya di Perak agar menyambut Hari Malaysia  dengan aman dan semangat patriotisme yang tinggi tanpa sentimen perkauman malahan dengan dasar ketaqwaan kepada Allah.

Istiqamah Hingga Kemenangan

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
2 Zulhijjah 1436 / 16 September 2015
- HARAKAHDAILY 16/9/2015

Share on Myspace