Ijtimak 'alimat pacu ikon wanita Malaysia

HARAKAHDAILY | .

MARANG: Dewan Ulamak PAS perlu melahirkan 'ikon' dalam kalangan 'alimat, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husian Awang.

Beliau menambah, ini supaya mereka dapat membimbing golongan wanita, menjadi rujukan masyarakat dan berani mendepani cabaran semasa yang makin mencabar dewasa ini.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Alimat: Halatuju dan Cabaran pada Ijtimak 'Alimat kali kedua di Dewan Darul Quran, Rusila hari ini.

Ketua Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustazah Mastura pula menerangkan visi dan misi lajnah itu.

"Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak PAS Pusat adalah satu wadah para ustazah bergiat dalam Dewan Ulamak untuk memperkukuhkan usaha dakwah, tarbiyah dan siasah di kalangan masyarakat umumnya dan muslimat khususnya," ujar beliau.

Ketua 'Alimat Terengganu, Ustazah Qimru Firdaus menekankan tentang beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh 'Alimat.

Menurut beliau 'allimat mesti berusaha meletakkan diri dalam masyarakat dengan menyebarkan ilmu-ilmu Islam di samping membentuk diri untuk melahirkan alimat serba boleh dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh masyarakat.

Ijtimak kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang hangat daripada para alimat yang datang dari seluruh negeri. - HARAKAHDAILY 16/9/2015

Share on Myspace