Piala AFC: DACS Selangor ucap tahniah kepada JDT

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: DACS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di atas kemenangan menumpaskan pasukan South China lantas melayakkan diri ke gelanggang separuh akhir Piala Asia (AFC).

"Ia sekaligus menjadi wakil negara ke Piala Asia," ujar Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menerusi laman facebook.

Katanya, pertembungan yang berlaku malam tadi di Stadium Mok Kong Hong Kong telah menunjukkan prestasi cemerlang Mahalli Jasuli dan Safee Sali.

Tambahnya, ledakan tiga gol oleh mereka malam tadi telah melayakkan mereka beroleh agregat 4-2 untuk perlawanan akan datang.

"Sekali lagi DACS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan JDT.

"Semoga permainan yang lebih cemerlang dapat dipamerkan lagi selepas ini kerana mereka akan menentang pasukan seterusnya, sama ada kelab Al-Qadsia atau Al-Jaish," ujarnya lagi.

Dengan pencapaian cemerlang ini, tambahnya ia sedikit sebanyak dapat memperbaiki imej negara yang jatuh merudum baru-baru ni apabila dibelasah teruk oleh pasukan UAE. - HARAKAHDAILY 16/9/2015

Share on Myspace