'Kerusi itu tetap kerusi PAS, PAS akan bertanding'

HARAKAHDAILY | .

DUNGUN: PAS menegaskan akan bertanding di kerusi yang 'dibawa lari' oleh wakil-wakil rakyat yang telah menukar parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mana-mana buat lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding. Kalau (mereka) nak bertanding juga, tiga penjuru," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Majlis dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menerima 4,198 borang permohonan keahlian PAS daripada PAS kawasan-kawasan seluruh negeri yang disampaikan oleh Saiful pada majlis itu. Sebanyak RM16,002 derma disumbangkan oleh pada hadirin selain mata wang asing.

Mustafa juga berkata, PAS kemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti berbanding PRU13 lalu.

"Kat mana, jabatan pilihan raya sedang kaji nak tambah daripada pilihan raya yang lepas," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/9/2015

Share on Myspace