Siri Harap diharap dapat buka mata rakyat Terengganu

HARAKAHDAILY | .

DUNGUN: Pihak penganjur Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 yang diadakan di Kampung Pulau Serai, dekat sini berpuas hati dengan sambutan masyarakat setempat dan rakyat seluruh negeri.

Pengarah Panitia Induk Harapa 3.2, M Shukrimun Shamsudin berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan persiapan PAS Kawasan Dungun selaku tuan rumah selepas Harap 3.1 yang telah diadakan di Dun Seberang Takir, Kuala Nerus pada Januari lalu.

Menurutnya, Dungun dipilih adalah salah satu dari empat kawasan yang PAS mendominasi politik negeri Terengganu yang kali ini diadakan di Dun Rantau Abang.

Tambahnya, siri Harap selepas ini melibatkan kawasan Marang dan Kuala Terengganu.

"Langkah ini diambil kira supaya kawasan-kawasan lain dapat menjadi tuan rumah kepada siri Harap yang seterusnya dalam jangka masa yang lebih dekat dengan pilihan raya umum agar impaknya lebih berkesan," ujarnya yang juga Bendahari PAS Terengganu ketika ditemui di tapak Harap 3.2 petang ini.

Justeru, pihaknya mengharapkan agar penganjuran siri Harap itu dapat membuka mata seluruh rakyat negeri ini supaya menaruh harapan kepada PAS sahaja sebagai parti yang mampu mensejahterakan rakyat dengan mengurus hasi mahsul negeri dengan amanha dn adil.

"Oleh itu, kami juga mengharapkan agar mandat menjaga amanah pentadbiran negeri diberi kepada PAS kerana sudah terbukti sejak sekian lama, lebih-lebih lagi dewasa ini berkenaan kelemahan dan ketidakmampuan parti pemerintah sekarang untuk menggalas amanah rakyat," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/9/2015

Share on Myspace