Tiada siapa boleh dabik dada dalam jamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS sebagai harakatul ummah (gerakan massa) dianggotai oleh berbagai lapisan manusia.

"Ada yang cerdik, ada yang jahil, ada yang warak, ada yang kurang, ada yang berkelulusan universiti, ada yang sekolah atap, ada yang kuat, ada yang lemah," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Bagi beliau, itulah dinamiknya PAS.

"Apa yang penting, kita mesti meletakkan diri kita di posisi yang boleh memberi sumbangan kepada perjuangan," ujarnya.

Menurutnya, ini kerana Allah SWT mencipta manusia tidak sama dari segi potensi, kebolehan, ilmu, tahap intelektual dan kreativiti.

"Inilah untungnya kita berjamaah, kerana yang kuat menampung yang lemah, yang alim mengajar yang jahil," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Justeru, katanya di dalam jamaah tidak ada siapa yang boleh mendabik dada dia manusia yang terbaik dan sempurna.

Beliau berkata, semuanya mesti bersedia menerima kelemahan diri dan menggunakan kekuatan untuk manfaat orang lain. - HARAKAHDAILY 21/9/2015

Share on Myspace